ABOUT

Secara global, 1.3 juta orang terbunuh di jalan raya setiap tahun termasuk 500 orang kanak-kanak setiap hari. Kemalangan jalan raya adalah penyebab kematian nombor satu kepada mereka yang berusia di antara 15 dan 29 tahun.

Ini terus-menerus mengetengahkan masalah yang mengancam nyawa bukan sahaja di benua Asia malah secara global, merentas kedua-dua pasaran membangun dan maju.

Keselamatan Jalan Raya SAFE STEPS bertujuan meningkatkan kesedaran dan membekalkan mesej berguna yang mudah difahami tentang keselamatan jalan raya untuk menyelamatkan dan melindungi nyawa sebanyak yang mungkin.

VIDEO

MEMANDU & LALAI

MEMANDU & LALAI

MEMANDU & LALAI

ANDA TIDAK BOLEH MELAKUKAN BEGITU BANYAK SEKALIGUS SEBAIK YANG ANDA SANGKA

• Kekalkan fokus anda di atas jalan
• Kekalkan kedua-duua tangan pada stereng
• Kekalkan fokus

MEMANDU & MABUK

MEMANDU & MABUK

MEMANDU & MABUK

INI BUKAN SAHAJA SUATU KESALAHAN, INI MEMANG TIDAK BERETIKA

• Jangan memandu ketika mabuk
• Jangan terlalu bergantung kepada penyelesaian jangka pendek
• Gunakan pengangkutan alternatif

MOTOSIKAL

MOTOSIKAL

MOTOSIKAL

SALAH SATU BENTUK PENGANGKUTAN YANG PALING BERBAHAYA

• Pakai topi keledar sepanjang masa
• Pastikan diri anda mudah dilihat
• Kekalkan jarak yang selamat

PEJALAN KAKI

PEJALAN KAKI

PEJALAN KAKI

MATA DAN TELINGA ANDA MERUPAKAN ALAT KESELAMATAN ANDA

• Kekal berwaspada dan elakkan apa-apa yang boleh mengalih perhatian
• Berjalan di tempat-tempat yang selamat
• Berhenti, Lihat, Dengar, Lintas

TALI KELEDAR

TALI KELEDAR

TALI KELEDAR

BERITAHU SEMUA PENUMPANG UNTUK PAKAI TALI KELEDAR

• Sentiasa memakai tali keledar anda
• Pastikan bahawa semua penumpang memakai tali keledar
• Pastikan kanak-kanak duduk di tempat duduk mereka

HAD LAJU

HAD LAJU

HAD LAJU

ANDA LEBIH BAIK LEWAT DARIPADA TIDAK TIBA LANGSUNG

• Patuhi had kelajuan
• Perlahankan kereta di kawasan-kawasan berisiko tinggi
• Kekalkan jarak yang selamat

KESEDARAN POSTER

PENDIDIKAN POSTER

RISALAH KESELAMATAN JALAN RAYA

MUAT TURUN

BAHASA INGGERIS

BAHASA INDONESIA

BAHASA MALAYSIA

BAHASA BURMA

BAHASA CINA (HONG KONG)

BAHASA CINA (TAIWAN)

BAHASA TAGALOG

BAHASA THAILAND

BAHASA VIETNAM

DUTA KESELAMATAN JALAN RAYA

MICHELLE YEOH

Pelakon dan penerbit terkemuka dan Duta Keselamatan Jalan Raya Global Michelle Yeoh merupakan pilihan terbaik sebagai Duta Keselamatan Jalan Raya SAFE STEPS. Sejak 2008, Michelle telah mendedikasikan hidup beliau dalam berkempen untuk keselamatan jalan raya supaya diiktiraf sebagai keutamaan pembangunan dan kesihatan awam global untuk kedua-dua PBB dan FIA.

Michelle sekarang ini merupakan Duta Keselamatan Jalan Raya Global bagi Dekad Keselamatan Jalan Raya PBB 2011-2020 dan jurucakap untuk Panel Peringkat Tinggi bagi Keselamatan Jalan Raya FIA, yang bermatlamat untuk memastikan bahawa sektor swasta menaikkan momentum yang diperlukan untuk mengatasi cabaran keselamatan jalan raya global.

Beliau adalah penyokong utama kempen Make Roads Safe sejak tahun 2008, termasuk menerajui acara ‘Call for a Decade of Action’ di seluruh dunia dan telah mengembara ke merata-rata tempat untuk merakam dokumentari ‘Turning Point’ yang ditayangkan di serata dunia melalui saluran BBC pada tahun 2009. Beliau juga memainkan peranan penting dalam memacu inisiatif penting seperti kempen FIA’s Action for Road Safety, kempen #SaveKidsLives, dan kini kempen Keselamatan Jalan Raya SAFE STEPS.

Pada bulan Mac 2010 dan April 2014, beliau mewakili Malaysia di Persidangan Kemuncak PBB di mana 100 kerajaan meluluskan usul Dekad Tindakan, dan juga telah menjadi jurucakap di Bank Dunia dan Persidangan Menteri Bank Pembangunan Asia.

“Pentas kini telah sedia. Kami mempunyai lampu. Kami mempunyai kamera. Dan bak kata pepatah mereka yang berada dalam dunia saya, inilah masanya untuk beraksi.”

“Bersama, kita mempunyai pengetahuan, dan vaksin keselamatan jalan raya, untuk menyelamatkan beribu-ribu nyawa.”

Michelle juga telah mengembara ke seluruh dunia dan melihat dengan mata sendiri kesan mudaratnya ke atas kehidupan orang ramai.

“Saya melihat impak yang dibawa oleh perubahan kecil dalam keselamatan jalan raya – dan inisiatif jalan raya – yang boleh menyelamatkan nyawa orang ramai. Semua ini tidaklah begitu mahal. Ia tidak memerlukan kajian bertahun-tahun. Tetapi mereka akan memberikan hasil ekonomik kepada kita semua – di semua negara – bagi kehidupan mereka, dan tragedy dan kesedihan yang boleh dielakkan.”

KLIK UNTUK LIHAT LEBIH LANJUTKLIK UNTUK KECILKAN

RAKAN KONGSI KAMI

RAKAN KONGSI UTAMA

RAKAN KONGSI SOKONGAN

GLOBAL

Untuk maklumat lanjut tentang keselamatan jalan raya global, layari www.roadsafetyngos.org
Untuk maklumat lanjut tentang kawasan umum keselamatan jalan raya, klik DI SINI

KEMBOJA

INDONESIA

MALAYSIA

MYANMAR

FILIPINA

THAILAND

VIETNAM

KLIK UNTUK LIHAT LEBIH LANJUTKLIK UNTUK KECILKAN

Kembali ke atas